Edymium – Team Lubuk Emas, Sabah

November 7, 2007

Kejutkan prospek anda dengan soalan ini :

Filed under: Tips — Ezwandey @ 3:05 am

Terdapat dua jenis golongan masyarakat di kalangan kita semua,

  1. Mereka yang mendapat gaji bulanan dan tambahan pendapatan sampingan setiap minggu
  2. Mereka yang mendapat hanya gaji bulanan sahaja.

Golongan manakah yang anda ingin sertai?

October 27, 2007

Sakit prospek hilang, lagi banyak jualan anda

Filed under: Bagaimana menaja, Tips — Ezwandey @ 10:07 am

Ianya sangat senang mendapat jualan apabila sakit seseorang hilang kerana mendapat kesan yang baik dihasilkan oleh gelang bio-magnetik Edymium.

Seperti baru-baru ini, ada seorang ahli dalam team lubuk emas kami yang secara tiba-tiba aktif membuat jualan gelang bio-magnetik edymium kerana dia mendapat tempahan yang banyak dari ahli keluarganya.

Perkara ini berlaku apabila seorang nenek (dalam ahli keluarga mereka juga) telah hilang sakit migrain dan boleh berdiri, membuat kerja seperti biasa setelah memakai gelang bio manetik edymium.

Secara rumusan, cuba anda fokuskan dan buat jualan kepada prospek yang memerlukan kesihatan melalui gelang bio-magnetik edymium ini. Dan apabila prospek tersebut sihat dan sakit yang beliau hadapi selama ini telah hilang, anda akan mendapat tempahan yang banyak secara tiba-tiba datang kepada anda.

Cuba anda try…

October 12, 2007

Jangan jual ciri-ciri, Jangan ceritakan manfaat

Filed under: Bagaimana menaja, Tips — Ezwandey @ 1:29 am

Sebaliknya, cuba asaskan cerita anda pada masalah prospek anda, dan anda akan dapat mengambil perhatian prospek anda.

Seperti contoh ; Jikalau anda ceritakan pada prospek anda tentang bonus mingguan yang diberikan oleh Edymium, itu ciri-ciri.

Jikalau anda ceritakan tentang manfaat bonus mingguan seperti

  • tak payah tunggu hingga akhir bulan,
  • anda dapat komisyen cepat,
  • kuat anda kerja lagi banyak anda dapat komisyen…

itu lagi baik, tetapi ianya masih tidak dapat mengambil perhatian prospek anda sepenuhnya.

Jadi cuba ceritakan tentang masalah prospek. Seperti contoh, mungkin anda boleh ceritakan;

Tiap-tiap hari pegawai bank tu telefon kau Ali (prospek), tentang hutang kau di bank. Alangkah bagus kalau kau ada duit sampingan dari Edymium, yang mungkin akan dapat tolong kau selesaikan masalah kau ni…

Nampak perbezaannya?

Pasti prospek anda akan terus teringat-ingat tentang masalah dia…

Blog at WordPress.com.